Islam di Timur Jauh
"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China" antara hadis Rasulullah SAW yang terkenal berkaitan kewajipan menuntut ilmu.
Di dalam bahasa Cina agama Islam disebut sebagai "Yisilan Jiao" -
The Pure Religion atau Agama yang Murni.
The Pure Religion atau Agama yang Murni.
Menurut bukti rekod arkib sejarah Cina, walaupun sebelum kedatangan Islam, penduduk China telah pun mengetahui tentang kewujudan kerajaan Arab dibawah pimpinan Rasulullah SAW di sebelah Timur Tengah yang mana mereka panggil sebagai "Al-Madinah". Masyarakat mereka menyebut bahawa kota Makkah adalah kota kelahiran Nabi junjungan Muhammad SAW yang mana mereka sebut sebagai "Buddha Ma Hia Wu".
Perkataan Buddha disini merujuk kepada taraf Nabi junjungan dalam 'context' yang dimuliakan, bukan untuk mensama tarafkan Rasulullah SAW dengan Sidharta Gautama Buddha- pengasas ajaran Buddha. Manakala nama Muhammad apabila disebut dalam dialek Cina akan menjadi Ma Hia Wu.
Fakta yang kurang diketahui mengenai Islam di China :
1.
Hubungan diplomatik antara kerajaan Islam di Arab & China dipelopori oleh Khalifah Uthman Ibnu Affan RA,
20 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW dengan Sa'ad Ibnu Waqqas (bapa saudara Rasulullah SAW) sebagai duta pertama & pembawa risalah Islam untuk disebarkan di China.
Maharaja China ketika itu, Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang menyambut baik rombongan tersebut. Sebelum itu Islam hanya tersebar dalam kelompok yang kecil melalui pedagang Arab yang menjalankan urusniaga berdagang di Laluan Sutera.
2.
Sebagai tanda persahabatan & menghormati Kerajaan Islam, Maharaja Yung Wei mengarahkan pembinaan masjid pertama di tanah besar China iaitu Masjid Huaisheng (Memorial Mosque) di Guangzhou (Canton). Untuk pengetahuan, Maharaja Yung Wei secara peribadi berpendapat bahawa ajaran Islam terlalu ketat & mengongkong, namun baginda membenarkan untuk Islam disebarkan di China kepada penduduknya.
Pedagang Arab memanggil wilayah ini dengan nama 'Khanfu'.
Masjid yang berusia 1400 tahun tersebut masih kekal sehingga ke hari ini dan menjadi bukti bahawa Islam telah tiba hampir sama seusia dengan sejarah Islam itu sendiri.
Sa'ad Ibnu Waqqas turut menyumbang tenaga & keringat dalam pembinaan masjid ulung ini.
Gambar 1
Masjid Huaisheng
Gambar 2
Seni khat Arab dengan gaya hasil budaya China menghiasi tembok perkarangan masjid
Gambar 3
Jemaah yang melimpah hingga ke perkarangan masjid berikutan jumlah umat Islam yang kian meningkat
3.
Negara China mempunyai kira-kira 20 juta penduduk yang beragama Islam
(angka rasmi) bersamaan 7.5% jumlah keseluruhan penduduk China,
1/3 dari jumlah keseluruhan penduduk United Kingdom (60 juta) & 3/4 hampir sama dengan jumlah kesuluruhan penduduk Malaysia (28 juta).
(angka rasmi) bersamaan 7.5% jumlah keseluruhan penduduk China,
1/3 dari jumlah keseluruhan penduduk United Kingdom (60 juta) & 3/4 hampir sama dengan jumlah kesuluruhan penduduk Malaysia (28 juta).
Etnik terbesar memeluk Islam ialah :
- Suku bangsa Hui (Huizhou) - 9.8 juta penduduk
( Mereka ini penduduk asal China yang mendapat hidayah )
( Mereka ini penduduk asal China yang mendapat hidayah )
- Etnik Uyghur - 8.4 juta penduduk ( Asal keturunan dari pedagang Turki yang menetap di China - mereka masih berbahasa Turki sehingga sekarang dengan campuran bahasa Cina )
Sedikit perbezaan muka kerana asal keturunan berbeza...
Gambar 1
4.
Zaman keemasan/kegemilangan Islam di China berlanjutan sehingga 700 tahun (1368 - 1644) sewaktu pemerintahan Dinasti Ming dimana umat Islam dapat mengamalkan adat dan budaya yang berteraskan syariat & bahasa berbeza dengan etnik Cina yang lain.
Sebanyak 6 delegasi keamanan telah dihantar oleh pemerintahan Umaiyyah & Abassid yang mana diterima dengan tangan terbuka oleh pemerintah China ketika itu.
5.
Umat Islam di China mengamalkan Islam Sunnah ( Sunni )
6.
Kebanyakan umat Islam di China menukar nama keluarga (surname) yang mempunyai unsur Islam dalam bahasa Cina seperti :
Mo untuk Muhammad, Mai untuk Mustafa, Mu untuk Mas'oud, Ha untuk Hassan, Hu untuk Hussin, Sai untuk Said dan sebagainya.
7.
Kebangkitan Dinasti Chi'ng, yang lebih dikenali dengan Manchuria (1644 - 1911) mengubah pola hidup umat Islam kerana ditindas dan diskriminasi kaum. Umat Islam saling bertelagah sesama sendiri berikutan sikap pemerintahan yang sering memfitnah dan membenci Islam.
8.
Semenjak Revolusi Kebangkitan Budaya di bawah pimpinan Mao Zi Dong yang berpaksikan fahaman Komunis, penindasan semakin berleluasa dengan cubaan penghapusan etnik yang bukan asli Cina (seperti Nazi yang berbangga dengan keturunan Arya mereka) & cubaan penghapusan Islam secara mutlak. Dilaporkan bahawa :
- Sebanyak 30,000 orang Uyrghur ditahan untuk dijadikan buruh paksa untuk kepentingan Komunis
- Persuratan Uyrghur yang mana selama ini menjadikan tulisan jawi sebagai perantaraan persuratan mereka dipaksa untuk ditukar kepada tulisan Roman
- Para ulama, alim & imam ditahan,diseksa dan dimalukan dengan dipaksa untuk menjaga kandang babi peliharaan etnik yang lain supaya mereka menghentikan usaha dakwah mereka
- Kesemua sekolah berteraskan Islam ditutup dengan arahan kerajaan dengan hukuman yang berat jika ingkar serta kesemua anak murid sekolah terbabit dipindahkan ke sekolah yang berteraskan fahaman Komunis
- Kerajaan Komunis di bawah pimpinan Mao Zi Dong mengarahkan penutupan kesemua 29,000 masjid di seluruh negeri China pada ketika itu untuk terus menindas & menafikan hak umat Islam untuk beribadat
- Seramai 360,000 muslimin telah dibunuh sepanjang pemerintahan Komunis di China
9.
Walaupun demikian, selepas hidup bertahun-tahun dibawah pemerintahan kuku besi, Islam terus subur dan makmur di tanah besar China. Sehingga kini terdapat 32, 749 masjid di seluruh tanah besar China.
10.
Negara China dikatakan diberi kuota haji yang dikatakan 'hampir tiada'. Bermaksud mereka dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak jemaah haji yang mampu dihantar setiap tahun - Sumber
Demikianlah rahmat & hidayah Allah yang tak pernah putus di bumi bertuah ini..
Para alim
Seni Kaligrafi Cina
Muslimin bersolat
Masjid yang mencerminkan budaya Cina
Makam Sa'ad Ibnu Waqqas, 20 minit perjalanan dari Masjid Huaisheng
Masjid Xi'an, antara yang tertua di China
Warga tua Cina Muslim
Kanak-kanak Cina Muslim
No comments:
Post a Comment