Wednesday 25 December 2013

Poster Islamik Surah As Sajdah ayat 27


Maksud & Terjemahan Bacaan Dalam Solat


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas 
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku meminta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Mufti Ismail Menk - Change Your Character & Conduct

You Are Not a Looser


Prophets of Islam in the Quran


Nouman Ali Khan - Allah Cares About You

The Amazing Exchange


Remember Allah All The Time - Amazing Reminder [HD]

Keep Calm and Trust in Allah


Poster Islamik Surah As Sajdah ayat 05


Poster Islamik Surah As Sajdah ayat 02


Sunday 22 December 2013

Azan From Masjidil Aqsa

Poster Islamik Surah Luqman ayat 30


Islamic Wallpaper Surah Al - Zalzalah verse 1-8


Islamic Wallpaper


DR MAZA - Insan Boleh Berubah



Al-Qa’nabi (130-221H) ataupun nama penuhnya ‘Abd Allah bin Maslamah bin Qa’nab al-Harithi merupakan anak murid al-Imam Malik bin Anas. Al-Qa’nabi dianggap antara murid Malik yang terbilang. Dia mendampingi al-Imam Malik di Madinah dalam tempoh yang lama. Dikatakan selama lebih 20 tahun. Dia salah seorang perawi al-Muwatta daripada al-Imam Malik. Bahkan dia dianggap perawi al-Muwatta paling thiqah (dipercayai). Terkenal dengan zuhud dan warak dan doanya mustajab. Beliau digelar al-Rahib ataupun pendeta kerana kuat beribadah. Amat disanjungi oleh ahli-ahli hadis. Beliau juga salah seorang al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Namanya amat besar dalam dunia periwayatan hadis.
Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597) dalam Kasyf al-Musykil menyebut riwayat daripada salah seorang anak al-Qa’nabi bahawa bapanya dahulu –semasa di Basrah peringkat awal- meminum nabiz (air perahan/tuak) dan terlibat dengan perkara yang tidak baik. Ketika dia berada di pintu rumahnya, ilmuan hadis besar Basrah iaitu Syu’bah bin al-Hajjaj lalu bersama dengan orang ramai yang mengikutnya. Al-Qa’nabi bertanya: “Siapakah dia ini?”. Mereka memberitahunya:“Itu Syu’bah”. Dia berkata: “Siapa dia Syu’bah?”. Mereka menjawab: “Muhaddith (ahli hadis)”.
Al-Qa’nabi yang ketika itu memakai kain merah keluar di hadapan Syu’bah lalu berkata:“Bacakan kepadaku hadis”. Syu’bah menjawab: “Engkau bukan kalangan ahli hadis untuk aku meriwayatkan hadis untukmu”. Lalu al-Qa’nabi mengugutnya dengan pisau sambil berkata:“Samada kau riwayatkan hadis untukku ataupun aku cederakan kau”. Maka Syu’bah pun berkata:“Telah menghadiskan kepadaku Mansur daripada Rib’i (bin Harash) daripada Abu Mas’ud (Al-Ansari), beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu”.
Mendengar hadis tersebut al-Qa’nabi telah mencampakkan pisaunya dan pulang ke rumahnya. Dia mencurahkan semua nabiz yang ada di rumahnya. Dia meminta ibunya jika kawan-kawannya datang izinkan mereka masuk, beri mereka makan dan beritahu apa yang telah dia lakukan iaitu menuang semua nabiznya agar mereka tahu dan pulang. Lalu Al-Qa’nabi pergi ke Madinah (tempat kelahirannya) dan berguru hadis dengan al-Imam Malik bin Anas. Apabila dia pulang ke Basrah semula, pada masa itu Syu’bah telah meninggal. Dia tidak sempat mengambil hadis dari Syu’bah melainkan sepotong hadis tadi iaitu:
“Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu”. (Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain 1/437. Riyadh: Dar al-Watan).
Berubah
Saya petik kisah di atas bagi menggambarkan betapa insan itu boleh berubah dengan perubahan yang sangat besar dalam hidup, dari seorang insan yang kurang baik kepada yang terbaik dan amat baik. Sehingga Allah mengangkat namanya di persada kesolehan dan kemuliaan.
Tiada yang menghalang seseorang untuk berubah menjadi watak yang sepenuhnya berbeza dari zaman kegelapannya apabila dia mendapat cahaya petunjuk dan benar-benar memenuhi dirinya dengan cahaya itu. Keikhlasan akan menjemput pertolongan Allah hadir untuk seseorang yang benar-benar ingin berubah dan terus istiqamah atas perubahan dirinya itu.
Untuk berubah kepada kebaikan kadang-kala tidak memerlukan peristiwa besar. Dalam kes al-Qa’nabi tadi, tadi satu ungkapan hadis sahaja telah merubah keseluruhan hidupnya. Kebaikan itu jika memang tersimpan dalam diri seseorang dengan mudahnya akan menjelma dan membuak-buak keluar apabila suis ataupun pintunya dibuka. Kadang-kala pintu itu tertutup rapat sedangkan kebaikan ada di dalamnya. Untuk menjelmakan segala kebaikan yang ada di sebalik pintu yang tebal dan kukuh hendaklah dibukakan terlebih dahulu kelopak pintu tersebut. Tidak semesti dirobohkan ataupun dikopak hingga terkoyak pintu. Sebenarnya, untuk membuka pintu yang teguh memerlukan kunci yang betul. Tidak semestinya kunci kena besar. Kecil pun jika betul boleh membukanya.
Unsur Kebaikan
Saya tertarik dengan kata-kata Sayyid Qutb -sebelum dihukum gantung mati- dalam suratnya kepada adik perempuannya Aminah Qutb. Surat itu kemudian dijadikan risalah kecil yang dinamakan Afrah al-Ruh. Semasa usia saya dua puluhan saya pernah bermimpi berbicara dengan Sayyid Qutb dalam keadaan saya sedang membaca surat tersebut. Antara yang beliau sebut dalam suratnya: “Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak yang barangkali mata tidak dapat melihatnya pada awal pandangan”
Beliau menyebut lagi: “Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat yang kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang manusia gunakannya untuk menghadapi kehidupan demi untuk bertahan. Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan.. buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya.. dengan keyakinan terhadap kasihnya.. dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka..dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal menjamin untuk merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang..”
Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat Allah itu sangat luas, DIA tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNYA. Allah itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yang kembali kepadaNYA dengan pelbagai anugerah yang istimewa. Di samping DIA kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNYA yang kembali kepadaNYA itu, DIA juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.
Firman Allah: (maksudnya)
“kecuali orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Furqan, ayat 70).
Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa Allah menukarkan kejahatan ataupun dosa mereka yang bertaubat menjadi kebaikan. Antara yang ditafsir oleh para ulama bahawa dengan taubat yang nasuha dosa-dosa kejahatan ditukar menjadi pahala di akhirat kelak. Betapa besarnya rahmat Allah kepada sesiapa sahaja yang benar-benar ingin kembali kepadaNYA. Dosa-dosa menjelma menjadi pahala, bayangkan rahmatNYA.
Tiada yang menghalangkan insan kembali kepada Tuhan melainkan kesombongan dirinya sendirinya. Unsur kebaikan telah Tuhan letakkan dalam diri insan, kitalah yang wajar berusaha menyingkapkannya.
Kredit : drmaza.com

Islamic Wallpaper - Surah Ar - Ra'd verse 2


Fatih Seferagic

Islam in Alexandria, Egypt - A City is Praying 2

Motivasi Kanak-kanak Buta yang Hafiz Al-Quran

Poster Islamik Surah Luqman ayat 27


Sunday 24 November 2013

Poster Islamik Surah Al Rum ayat 26


Suhaib Webb - Akhirah Deficit Disorder

From Piety To Disbelief ᴴᴰ

Nouman Ali Khan - The Dangers of Listening to Music

Mosques Around The World

Amir Abdul Kadir Mosque
Constantine, Algeria


Fatima Zahra Mosque
Kuwait


Abu Derwish Mosque
Amman, Jordan


Ahmed Kadyrov Mosque
Grozny, Chechnya

Blue Mosque
Yerevan, Armenia


Mecca Masjid
Hyderabad, India


Masjid Raya
Tanjong Pinang, Indonesia



Great Mosque of Xining
Xining, China


Tokyo Mosque
Tokyo, Japan


Hui Mosque
Ningxia, China



St. Petersburg Mosque
St. Petersburg, Russia

Sultan Hassan Mosque
Cairo, Egypt


Sultan Qaboos Grand Mosque
Muscat, Oman


Al Nida Mosque
Baghdad, Iraq


Sunshine Mosque
Victoria, Australia


Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque
Bandar Seri Begawan, Brunei


Baitun Nur
Alberta, Canada

Sheikh Zayed Grand Mosque
Abu Dhabi, UAE




Taj Mahal Mosque
Agra, India


Qolsharif Mosque
Kazan, Russia


Badshahi Mosque
Lahore, Pakistan


Green Lane Mosque
Birmingham, United Kingdom


Wazir Khan Mosque
Lahore, Pakistan


Sabanci Merkez Camii
Adana, Turkey


Al-Saleh Mosque
Sana'a, Yemen


Jumeirah Grand Mosque
Dubai, UAE


Muhammad Ali Pasha Mosque
Cairo, Egypt


Kowloon Mosque & Islamic Centre
Hong Kong, China


Al Azhar Mosque
Cairo, Egypt


Grandee Mosque de Paris
Paris, France


Great Mosque of Hohhot
Mongolia, China


Nur Astana Mosque
Astana, Kazakhstan


Jamia Mosque
Nairobi, Kenya


Crystal Mosque
Terengganu, Malaysia


Putra Mosque
Putrajaya, Malaysia

Hassan II Mosque
Casablanca, Morocco


Abuja National Mosque
Abuja, Nigeria


Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mosque
Cotabato, Philippines


Faisal Mosque
Islamabad, Pakistan


Jamir Ul-Alfar Mosque
Colombo, Sri Lanka


Ahmadiyya Anjuman Isha'at Mosque
Paramaribo, Suriname


Great Mosque of Damascus
Damascus, Syria


Sultan Ahmed Mosque
Istanbul, Turkey


Seoul Central Mosque
Seoul, South Korea


Al Fateh Grand Moaque
Manama, Bahrain


Graet Mosque Of Djenne
Djenne, Mali


Masjid Sultan
Singapore


Little India Mosque
Singapore


Yangon Central Mosque
Yangon, Myanmar


Pattani Central Mosque
Pattani, Thailand


Dearborn Mosque
Michigan, USA


Bait Uz Zafar Mosque
Queens, New York USA


Travel Mosques of the World Photofeature
Maryum Mosque
Chicago, USA



Aziziye Mosque
London, UK


Oldest mosque in UK: The Shah Jahan
Shah Jahan Mosque
Working, UK

Tokyo Central Mosque
Tokyo, Japan


Kobe Mosque
Kobe, Japan


Masjid Ubudiah
Perak, Malaysia

Sultan Abu Bakar Mosque
Johor, Malaysia


Mohammed Al-Amin Mosque
Beirut, Lebanon


Tatar Mosque
Constanta, Romania


Mosque, Monaco
Monaco Central Mosque
Monaco


Schwetzingen Mosque
Baden-Wurttemberg, Germany


Paris Grand Mosque
Paris, France


Larabanga Mosque
Ghana


Touba Great Mosque
Touba, Senegal


Dome of the Rock
Baitulmaqdis (Jerusalem)

Al Aqsa Mosque
Baitulmaqdis (Jerusalem)

Grand Mosque
Mecca, Saudi Arabia


Grand Mosque
Mecca, Saudi Arabia