Friday 14 November 2014

Fakta Tanah Dari Perspektif Islam

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci, " (HR.Muslim) 

Jika kita mengambail segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi bakteria membawa penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian terbaru, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya tanah dari gunung berapi boleh menghapuskan bakteria yang lebih berbahaya. Kini mereka menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.
Seorang Doktor Perancis, Line Brunet de Course mendapatkan tanah dari tanah hijau Perancis yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Ivory Coast dan Kenya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengganggap penemuan tersebut sungguh mengagumkan.

Setelah itu Dr Linda Williams juga mengesahkan bahawa tanah merupakat zat yang sangat bersih, di mana bahan-bahan tersebut mengendalikan aktiviti mikrob dan pada akhirnya dapat melemahkan dan menghilangkannya.

Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata: ' Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu pengetahuan dan sel -sel hidup. Setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan-bahan yang steril ! "

Para penyelidik mendapati bahawa beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak dapat dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini diterbitkan dalam jurnal " New World " pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang di makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini : sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ilmuwan baru- baru ini, sebagai berikut:

1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di alam !

2. Tanah mampu menghapuskan bakteria yang tidak dapat dibunuh oleh bahan kimia

3. Tanah merupakan bahan terbaik untuk membersihkan air ! !

4. Tahan adalah bahan semulajadi yang dimurnikan air.

5. Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.

6. Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik terbuat dari tanah!

7. Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.

8. Ruang yang terdapat di antara butiran- butiran tanah berukuran 50% dari ukurannya

9. Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.

10. Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit .

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil. Sebelum 14 abad lalu tanah adalah benda suci sebagaimana kita ketahui hubungan antara sel-sel dan tanah. Kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda:

جعلت لي الأرض مسجدا وطهورا
" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci "

Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air

Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita selalu  melarang anak -anak kita yang suka bermain dengan tanah dan selalu anak-anak kita cuba untuk menggenggam tanah yang kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang steril yang mengungguli fungsi sabun dari jenis terbaik! Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang  dari Allah swt tatkala berbagai penemuan -penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya  disebabkan keterbatasan ilmu


Friday 7 November 2014

Sajak Untuk Nabi Muhammad Dari Maharaja China

SAJAK UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W DARI MAHARAJA CHINA | Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sembilan abad yang lampau.
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah
Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.

Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga.
Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini
God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang
This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman
From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan
He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung
A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30 bahagian
To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk
Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja
Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci
With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas
To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya
With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu
Silently hoping for peace,
Dalam diam mengharap rahmat
His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah
Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin
Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara
Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan
Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & roh
Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap
A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam
Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam
Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan
His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar
Muhammad,
Muhammad
The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat

Wednesday 5 November 2014

Terjemahan Surah Al Haddid ayat 1-6

Surah Al-Hadiid - سورة الحديد

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
A002
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
A003
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
A004
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
A005
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
A006
Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.