Showing posts with label Article. Show all posts
Showing posts with label Article. Show all posts

Monday, 4 April 2016

Agama Rahmat Untuk Semua

Sebahagian daripada 10,000 orang yang hadir ke Program Malam Cinta

SEBAHAGIAN daripada 10,000 orang yang hadir ke Program Malam Cinta Rasul- Seri Menanti Berselawat 2015 di Negeri Sembilan.
APABILA kita merujuk perkataan Islam dalam al-Quran, ini bukanlah agama atau syariat Nabi Muhammad SAW sahaja, tetapi merupakan agama atau syariat kesemua nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT, antaranya:
- Nabi Yaakub AS menasihati anak-anaknya yang bermaksud: “Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” -Surah al-Baqarah ayat 132.
- Anak-anak Nabi Yaakub AS menyahut seruan bapanya yang bermaksud: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepada-Nya sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).” -Surah al-Baqarah ayat 133
- Nabi Musa AS berkata kepada kaumnya yang bermaksud: “Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepada-Nya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).” - Surah Yunus ayat 83.
Oleh itu, kita dapati Islam menjadi syiar yang umum digunakan bagi agama para nabi dan pengikut mereka sejak dari permulaan sejarah manusia sehingga ke hari ini. Di samping itu, al-Quran menerangkan kepada kita bahawa Allah SWT tidak mensyariatkan kepada mereka agama baharu, malah ia adalah agama nabi dan rasul yang terdahulu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Shura ayat 13: “Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu tegakkan pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya.”

Islam membawa rahmat ke seluruh pelosok alam. Sejarah telah membuktikan bahawa kehidupan manusia sebelum diutuskan baginda SAW atau lebih dikenali dengan zaman Jahiliah adalah dalam keadaan yang penuh dengan pelbagai kezaliman seperti pembunuhan, permusuhan dan keganasan.

Sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat gagal berfungsi dengan baik. Golongan lemah sentiasa ditindas dan golongan yang kuat terus menjadi kuat dan berkuasa. Peperangan dan pembunuhan berlaku secara berleluasa di sana sini. Anak-anak dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan, golongan wanita dipermainkan dan diperalatkan.

Jika diamati, sebenarnya cara hidup yang diteladani daripada Baginda SAW amat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di negara kita. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu banyak mencorakkan masyarakat Melayu menjadi masyarakat yang pemalu, berbudi bahasa, bersopan santun serta merendah diri.

Namun sebahagian umat Islam hari ini begitu tertarik dengan budaya dan tamadun dari Barat mahupun Timur yang masuk ke negara umat Islam. Mereka mengikutinya tanpa membuat tapisan sama ada ia mendatangkan manfaat atau pun mudarat.

Ini adalah kerana fitrah manusia sukakan hiburan. Akhir-akhir ini budaya berhibur secara melampau atau hedonisme mulai membarah dalam kalangan remaja Islam.

Jika melihat situasi masyarakat sekarang, para ibu bapa disaran merujuk kepada Surah Luqman dalam al-Quran yang menceritakan insan bernama Luqman al-Hakim kerana keistimewaannya memberi nasihat dengan menggunakan perkataan yang baik. Ibu bapa disaran mengambil tahu aktiviti anak-anak di samping bertegas memilih hiburan yang sihat sekali gus menjaga batas-batas susila dan akhlak Islam.

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah RA yang bermaksud: “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” - Riwayat Ibnu Majah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyediakan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam pada tahun 2009 sebagai panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 membuat keputusan :
- Nyanyian yang liriknya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
- Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
- Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat liriknya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah;
- Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus;
Ajarlah anak-anak kita meminati lagu dan melodi al-Quran melebihi alunan muzik yang melalaikan. Oleh itu, cara terbaik berdepan dan menangani cabaran semasa kini ialah dengan cuba mendekatkan diri kepada al-Quran dan al-Sunnah seperti dinasihatkan Baginda SAW. Islam sebagai cara hidup sudah lengkap serta relevan bermula zaman kebangkitan Nabi Adam AS diteruskan oleh para anbia’ terdahulu sehinggalah ke hari ini.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama-rahmat-untuk-semua-1.58948#sthash.bombJ9Be.dpuf

Wednesday, 16 March 2016

Doa Taubat Para Nabi & Mohon Pertolongan Allah


Di antara intipati Al Qur'an itu tidak lain adalah sebagai peringatan Allah untuk kita manusia, peringatan supaya kembali kepada Allah. Peringatan melalui kisah-kisah sejarah umat-umat terdahulu, peringatan tentang azab Allah kepada yang ingkar perintahNya. Peringatan supaya kita manusia segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa.

Telah diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bertaubat sehari hingga 70 atau 100 kali sehari. Beristighfar dan menghayati maksud Istighfar itu "Aku memohon ampun kepada Allah", dan merasa kesal atas dosa-dosa yang banyak itu. Antara Doa-doa yang sangat afdhal untuk dilazimi sebagai zikir adalah Doa Taubat Para Nabi, iaitu Doa Nabi Adam a.s. dan Doa Nabi Yunus a.s.

Doa Taubat

Doa Nabi Adam A.S.

Ketika hidup di Syurga Nabi Adam a.s. terpedaya dengan hasutan Iblis sekaligus melanggar perintah Allah. Iblis yang berdendam berusaha mengeluarkan Adam a.s. dan Hawa dari Syurga dengan yang mengatakan mereka kononnya dilarang memakan buah dari pohon khuldi sebab Allah tidak mahu mereka terus kekal dalam Syurga menjadi Malaikat (kononnya). Ketika mereka terpedaya dan memakan buah itu maka terlepas pakaian mereka dan Allah bertanya kepada mereka; "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"Akhirnya Nabi Adam a.s. dan pasangannya Hawa diturunkan ke bumi yang penuh dengan kesukaran (berbanding Syurga), terpisah jauh satu sama lain dalam kegelapan malam, atas kesalahan itu Adam a.s. sangat menyesal dan terus berdoa memohon keampunan Allah..

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Terjemahan
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi" [Al Araf 7:23]

Doa Nabi Yunus A.S.

Ketika baginda berada (ditelan) di dalam perut ikan Nun (sejenis ikan besar) yang gelap, di lautan dalam yang gelap, di malam yang gelap, kerana baginda marah, kecewa dan 'lari' dari umat-umatnya yang ingkar.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Terjemahan
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". [Al Anbiya' 21:87]

Doa Mohon Pertolongan Allah

Doa Nabi Ibrahim A.S. - HasbunAllah

Ketika dalam saat genting menerima ujian akan dibakar hidup-hidup. Dalam keadaan baginda diikat untuk dicampakkan ke dalam api yang besar marak oleh Raja Namrud, maka datanglah Malaikat Jibril a.s. bertanyakan kepada baginda;
"Wahai Ibrahim, apakah kau perlukan pertolongan ku?"
Dijawab oleh Nabi Ibrahim a.s.
"Aku tidak perlukan apa-apa pertolongan mu, aku hanya perlukan pertolonagn Allah".


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Terjemahan
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung" [Ali Imran 3:173]

Doa ini sangat baik dibaca (dan diamalkan selalu) ketika memohon pertolongan Allah dalam keadaan kesukaran, saat yang genting, menghadapi masalah yang amat berat. Diriwayatkan baginda Rasulullah s.a.w juga berdoa dengan doa ini ketika menghadapi Perang Badar.

Perbezaan antara HasbunAllah dengan HasbiAllah seperti alunan zikir Hazamin InTeam
  • HasbunAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong kami (plural)
    sesuai untuk dibaca oleh imam mewakili makmum..
  • HasbiAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong ku (singular)
    sesuai dibaca secara sendiri..
Pendapat saya, nak baca yang mana satu pon boleh, wallahu'alam..

HasbunAllah Ini Adalah Kata-Kata (Doa) Para Nabi

iaitu ketika para Nabi menghadapi saat getir..
  • "Nabi Ibrahim AS, bila nak dicampak dalam api, "HasbunAllahu Wani'mal Wakeel.." api jadi sejuk dan selamat.
  • "Nabi Musa AS, bila nak diserang Firaun dan tenteranya, "HasbunAllah.." terbelahnya laut.
  • "Nabi Muhammad SAW, bila akan menghadapi 10 ribu tentera Ahzab, "HasbunAllahu Wani'mal Wakeel.." habis tentera Ahzab dipukul angin sejuk, tak mampu berperang. [Ali Imran 3:173]
    sumber → Ustaz Abu Anas Madani

Apakah Maksud Hasbunallah Wani'mal Wakil?



Amalan Zikir

  • Doa-doa ini sangat baik dijadikan zikir harian dan sangat berkesan sebagai amalan memohon sesuatu hajat dari Allah.
  • Amalan mengingati Allah harus sepanjang waktu terutama ketika senang, gembira, supaya Allah akan menolong kita ketika sukar.
  • Permohonan pertolongan Allah itu melalui jalan taubat sebagaimana seringkali diingatkan oleh ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an serta di post Hikmah Istighfar.
  • Berzikir dengan doa-doa ini juga untuk menguatkan lagi rasa rendah hati, tawadhu' kita kepada Allah supaya mudah kita menerima hidayah & petunjukNya serta berdoa dalam memohon hajat.
  • Sebarkanlah ilmu perihal zikir dan manfaatnya itu supaya ia juga menjadi manfaat kepada saudara-saudara kita yang lain dan sebagai saham pahala untuk kita juga, insyllh..

update..

Doa Tentera Talut (Bersama Nabi Daid A.S.) Menentang Musuh

A250
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" ( Al-Baqarah 2:250 )


credit
muhtarsuhaili.wordpress.com | doaharian.mytoha.net


Read more: http://mindloading.blogspot.com/2013/09/doa-taubat-para-nabi-mohon-pertolongan.html#ixzz3cYVFZjmx

Wednesday, 2 March 2016

Cabaran Mualaf di Zaman Moden

KUALA LUMPUR 20 FEBRUARI 2015 - Muallaf, Mohammad Ikhwan Abdullah,

ISLAM adalah sebuah agama lengkap yang menjadi panduan dalam kehidupan semua umat manusia di muka bumi ini. Agama ini relevan buat sesiapa sahaja sama ada yang lahir sebagai Islam, mahupun individu mualaf yang baharu mengenali dan memeluk agama ini.
Adapun mualaf itu merupakan panggilan kepada individu bukan Muslim atau bukan beragama Islam yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam. Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai individu yang imannya masih kosong dan perlu dikukuhkan dengan bantuan dan sokongan mereka yang sudah beragama Islam.
Dalam sejarah Islam , golongan mualaf atau saudara baharu ini merupakan orang yang paling penting dalam memperjuangkan agama dan mengembangkan dakwah.
Antaranya adalah sahabat Rasulullah SAW yang terdiri daripada golongan Muhajirin yang memeluk Islam dan mengikut baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
Pada zaman moden yang serba canggih kini, usaha dalam mengembangkan dakwah menjadi mudah dan lebih meluas dengan adanya pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial di internet.
Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita menarik saudara baharu daripada seluruh dunia. Kisah- kisah yang mereka ceritakan termasuklah bagaimana mereka diberi hidayah, menemui dan mengenali agama Islam serta rintangan yang mereka hadapi setelah memeluk Islam.
Bergelar saudara baharu bukan perkara mudah. Kerana, seperti mereka yang lahiriah Islam, golongan mualaf juga berdepan banyak rintangan dan cabaran dalam kehidupan mereka.
Tambahan pula dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai informasi sama ada sahih atau yang mengelirukan semakin pantas tersebar dan ini tidak terkecuali memberi kesan kepada kehidupan seorang mualaf.
Dalam pada itu, dengan kewujudan anasir-anasir perosak yang membawa ajaran-ajaran menyimpang dengan menggunakan nama Islam dikhuatiri akan membawa kekeliruan kepada golongan saudara baharu.
Bagi golongan mualaf yang masih muda, cabaran yang ditempuhi mereka tidak kurang hebatnya. Membuat keputusan memeluk Islam bukan perkara remeh. Ada di antara mereka yang terpaksa merahsiakan identiti sebagai seorang Islam bagi menjaga perasaan ahli keluarga dan orang tersayang.
Seperti kita semua, mereka juga mempunyai perasaan dan adakalanya dihimpit dengan tekanan yang menyusul selepas bergelar seorang Muslim. Ada di antara mereka dibuang daripada institusi keluarga dan dipulaukan rakan-rakan hanya kerana memeluk agama Islam.
Namun kebanyakan saudara-saudara baharu menyatakan kepada penulis bahawa mereka reda dan menganggap ini sebagai satu ujian yang diberikan kepada mereka. Golongan mualaf ini jelas tabah dalam mengharungi cabaran demi agama Islam yang dicintai.
Tambahan pula, dengan adanya pertubuhan atau persatuan yang memainkan peranan melindungi dan memberi sokongan kepada golongan ini sedikit sebanyak mampu memberi bimbingan kepada saudara baharu.
- AL FAIZAL

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/cabaran-mualaf-di-zaman-moden-1.64712#sthash.TqYIR1YP.dpuf

Tuesday, 9 February 2016

Saat Menghadapi Kematian

Amalkan beberapa sunnah ketika berhadapan situasi ini

tiada sesiapa pun dapat menagguh atau mengelak kematian apabila
Tiada sesiapa pun dapat menagguh atau mengelak kematian apabila sampai waktunya. - GAMBAR HIASAN
KEMATIAN merupakan fitrah buat semua makhluk yang bernyawa. Tiada siapa yang akan kekal hidup selama-lamanya melainkan Allah SWT semata-mata. Ia merupakan rahsia yang telah tertulis sejak di dalam rahim lagi yang mana tiada sesiapapun mengetahui bila dan bagaimana kematiannya.

Apabila kematian itu tiba, tiada siapa mampu menangguhkannya atau mengelak daripadanya. Ia merupakan nasihat dan peringatan terbaik buat kita yang masih hidup agar sentiasa bersedia dengan amal soleh sebelum maut menjemput tiba.

Rasulullah SAW meninggalkan banyak panduan buat umatnya untuk menghadapi keadaan ini. Berikut dikongsikan buat semua beberapa sunnah yang penting buat pelajaran dan amalan kita semua apabila berdepan dengan situasi kematian.

1. Mengucapkan istirja’ iaitu kalimah Innalillahi wainna ilahi raji’uun yang bermaksud sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Hendaklah diingat bahawa kalimah ini bukanlah diucapkan semata-mata apabila menghadapi kematian tetapi apa jua musibah yang menimpa baik kemalangan, kecurian, hatta musibah yang kecil sekalipun.

2. Mendoakan kebaikan buat jenazah sebagaimana yang telah disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah bahawa Nabi berkata: Apabila kalian menghadiri orang yang sakit atau jenazah maka ucapkanlah kebaikan kerana sesungguhnya malaikat akan mengaminkan apa yang dia ucapkan. (riwayat Muslim)

3. Bersabar dan tidak meratapi jenazah. Ini merupakan tuntutan yang diseru oleh Islam kerana perbuatan meratap merupakan adat jahiliah yang dilarang syarak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bukanlah termasuk daripada golongan kami sesiapa yang menampar-nampar pipi, mengoyakkan baju dan menyeru dengan seruan jahiliah (meratap). (riwayat al-Bukhari)
Fitrah manusia
Perasaan sedih adalah fitrah manusia apabila berlakunya kematian orang yang tersayang. Menangis tidaklah dilarang kerana ia sesuai fitrah manusia namun hendaklah tidak melampaui batas sehingga meratap.
Rasulullah SAW juga pernah menangis apabila anak lelakinya meninggal dunia lalu beliau berkata: “Tidak mengapa (menangis), yang aku larang ialah menangis dengan suara meratap sambil mencakar muka, merobek baju dan meratap seperti suara ratapan syaitan.” (riwayat al-Tirmizi)

4. Menyegerakan proses pengebumian jenazah termasuk sunnah yang diperintahkan oleh Rasulullah S.AW. Ia termasuk hak para jenazah yang perlu ditunaikan seberapa segera mungkin dan perbuatan melambat-lambatkan pengebumian jenazah tidaklah dianjurkan di sisi syarak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Percepatkanlah membawa jenazah (ke kuburan) kerana jika jenazah itu orang soleh, maka kalian telah mempercepatkan kebaikan buatnya dan jika tidak (bukan orang yang soleh) maka kalian telah melepaskan keburukannya daripada bahu-bahu kalian. (riwayat al-Bukhari)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika jenazah itu dibawa oleh orang ramai di atas bahu-bahu mereka dan jenazah itu termasuk orang yang soleh maka dia akan berkata: Segerakanlah kalian (membawaku ke kuburanku). Dan jika dia bukan daripada kalangan orang yang soleh maka dia akan berkata: Celaka, ke mana mereka hendak membawaku! Suara jenazah itu didengari oleh semua makhluk kecuali manusia. Seandainya ada manusia yang mendengarnya nescaya dia akan jatuh pengsan. (riwayat al-Bukhari)

5. Ikut solat jenazah dan mengirinya ke kubur jika mampu. Ini merupakan sunnah yang sangat dituntut buat para lelaki Muslim kerana besarnya pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT di dalamnya. Bahkan ia termasuk hak seorang Muslim yang perlu ditunaikan, bukan sebaliknya meremehkannya.

Pahala satu qirath
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menyembahyangkan jenazah maka baginya pahala satu qirath dan sesiapa yang menghantarnya sehingga jenazah itu diletakkan dalam kubur maka baginya pahala dua qirath. Dalam riwayat lain disebutkan tentang ukuran qirath itu iaitu sebesar Gunung Uhud. (riwayat Muslim)
Ibnu Umar pernah meluahkan penyesalannya kerana mengabaikan sunnah ini hingga beliau menggenggam tanah dan melemparkannya lalu berkata: Sesungguhnya kita telah mensia-siakan qirath yang banyak. (riwayat Muslim)
Demikianlah beberapa sunnah-sunnah yang boleh kita sama-sama amalkan apabila berdepan situasi ini.
Tidak sewajarnya kematian seorang Muslim menjadi bahan gurauan dan ejekan. Bahkan ia sepatutnya menjadi nasihat terbaik buat kita yang masih hidup.
Perbezaan bangsa dan politik tidak wajar dijadikan sebab untuk saling mencaci maki jenazah yang telah kembali kepada Allah SWT. Akhir kalam, semoga Allah SWT mencucuri rahmat buat semua jenazah yang telah kembali di sisi-Nya.

- See more at: 

http://www.utusan.com.my/rencana/agama/saat-menghadapi-kematian-1.62958#sthash.b8NyuwEs.dpuf

Tuesday, 5 January 2016

Tangisan Keramat

Buat mereka yang kenal erti jihad dan ganjaran mentaati Nabi SAW


 
TANGISAN berkualiti ialah tidak dibuat-buat tetapi terbit dari
TANGISAN berkualiti ialah tidak dibuat-buat tetapi terbit dari hati yang murni diselaputi iman yang tebal. - Gambar hiasan
SIFAT manusia boleh berbeza kerana “stor iman” mereka. Manusia yang penuh iman di dada akan menangis di kala pengisian iman tak mampu ditambah. Itulah perihalnya para sahabat Nabi yang dikenal sebagai “orang yang keseduan menangis.”
Mereka pulang dengan kesedihan yang amat sangat seraya menangis kerana gagal bersama Rasulullah SAW ke medan Tabuk. Bukan Rasulullah SAW tidak mahu membawa mereka, tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan.
Inilah tangisan manusia yang kenal erti jihad dan ganjaran mentaati Rasulullah SAW. Impaknya sungguh dahsyat, “Tangisan keramat” mereka menjadi pujian berkekalan dibaca oleh semua manusia melalui al-Quran sehingga kiamat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). (al-Taubah: 91-92)
Siapakah manusia mulia yang menangis dalam ayat ini? Menurut para ulama mereka digelar sebagai al-bakka’in iaitu orang yang sangat kuat menangis kerana sedih tidak dapat memenuhi seruan Allah SWT.
Mereka terhalang kerana keperluan musafir dan jihad yang bakal menempuh perjalanan sejauh 600km tidak lengkap. Tambahan pula tiada kenderaan kosong yang boleh membawa mereka. Mereka adalah sekumpulan (tujuh orang sahabat nabi yang bergegas menyahut seruan jihad ke Tabuk pada tahun ke 9 Hijri (Tafsir Ibnu Kathir, Sirah Ibnu Hisyam, al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah).
Bukan sekali Allah SWT memuji tangisan hamba-Nya dalam al-Quran. Allah SWT pernah memuji pendeta Nasrani yang berdamping dengan al-Najasyi kerana mereka menangis keseduan mendengar al-Quran dibacakan kepada mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 83 hingga 84 yang bermaksud: Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui kitab mereka) daripada kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW). Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.
Inilah kisah tangisan yang berkualiti dalam al-Quran. Tangisan ini tidak dibuat-buat tetapi terbit dari hati yang murni halus diselaputi iman yang tebal. Hati yang “sensitif iman” sebegini diperoleh daripada siraman ilmu dan mujahadah melawan nafsu yang berpanjangan.
Jika ia pernah dimiliki oleh manusia pilihan yang lain, ia juga mampu kita miliki kerana kita dan mereka sama-sama manusia yang memiliki potensi yang sama. Marilah kita sama-sama menambah dan menghayati ilmu agar hati kita juga mudah menangis kerana Allah SWT.

- See more at: 

http://www.utusan.com.my/rencana/agama/tangisan-keramat-1.60711#sthash.lBA5fmcc.dpuf

Sunday, 5 July 2015

How To Become A Good Muslim Girl : WikiHow

Part 1 of 5: Forgiveness

  1. Become a Good Muslim Girl Step 1.jpg
    1
    Understand that all shall be well with Allah's will. Allah forgives minor sins for He is All-Understanding and All-Forgiving. Even if you feel that you are already too deep to become the good Muslim that you truly can be.
  2. Become a Good Muslim Girl Step 2.jpg
    2
    Discover where the influences causing you to turn your back on your religion comes from. Maybe you can trace back the cause to either family situations or friends that are leading you on the wrong path. Leave the friends. They will not be there on the Day of Judgement when you have to face Allah on your own. If it is because of family, it is a little more difficult. This is where the next steps will come in handy.
  3. Become a Good Muslim Girl Step 11.jpg
    3
    Forgive yourself and ask Allah (swt) for forgiveness for any sins you may have committed. You need to let go of past mistakes and work on improving the future. Whatever has happened is done. It is in the past and there is nothing you can do to change it or better it. The only thing you can do is forgive yourself and sincerely repent to Allah (swt) and sincerely ask Him for forgiveness. Use those negative experiences as motivation to get better and do good.
  4. Become a Good Muslim Girl Step 12.jpg
    4
    Notice where your weaknesses are and avoid them. This is not to say that you should run every time a guy comes near, but learn to lower the gaze and interact with them in a way that is mutual and respectful. Remember that Muslim women in the past also interacted with men in their society as business women, teachers, and scholars, and they were all well respected and admired; they did not have to flaunt their beauty to gain this respect or to feel confident or even to contribute to their societies. Remember that Allah (swt) is severe in punishment, but also the most forgiving and the most merciful. They are not people that you need in your life anyway.

Part 2 of 5: Displaying your devotion

  1. Become a Good Muslim Girl Step 3.jpg
    1
    Wear the hijab if you are truly devoted to turning over a new leaf and becoming the best Muslim girl that you can be. The hijab is not just a piece of cloth that covers hair, it covers and protects your whole self, including your mannerisms, speech, your gaze and your heart. it changes you mentally and spiritually. Think of it as a way for Allah azza wajjal to protect the women. As soon as you wear the hijab, hopefully, your whole perspective on self-respect and values will automatically change. In fact, women are not allowed to pray without the hijab since the hadith of the prophet Muhammad sallalahu alaihi wasalam reads "the prayer of a woman will not be accepted without the headcover". Hijab is mandatory, as explained in the Quran 33:59-60 women should cover to be recognized as part of the Muslim group, while in 24:30-31 women are told to pull down their headcovers and make them long enough to cover their breasts with a "khumur" which means "something which covers the head". The word is from the same root word for alcohol, since it is a substance when consumed covers and clouds the head and the mind.
  2. Become a Good Muslim Girl Step 8.jpg
    2
    Dress modestly. This does not mean that you have to look ugly or not stylish. Just be modest. Wear longer shirts and try not to wear clothes such as tank tops and shorts. Stay away from clothes that are too tight. Remember that it is obligatory to cover the whole body except the face and hands, which are recommended but not obligatory, although some scholars held the view that it is obligatory especially in the hanbali school of thought. if you truly believe according to the evidence it is obligatory, then go ahead and make an effort to cover your face with the niqaab and your hands with gloves as no harm can come from it. This also helps you to change your whole outlook on what is acceptable and what is not.

Part 3 of 5: Practicing Islam

  1. Become a Good Muslim Girl Step 4.jpg
    1
    Pray five times a day. Before you get on the prayer rug, learn what the prayer words mean to enhance your contemplation within prayer. If you do not speak Arabic, try to find some translated versions of the prayer words and take some time to read and understand what the words mean. Start making prayer a normal part of your day, the way eating is a need of ours, our spiritual food is prayers.
  2. Become a Good Muslim Girl Step 5.jpg
    2
    Read the Quran. Read the Quran and also try to read the translation of the Quran and truly try to understand its meaning. You can read the translation in English as well. Reading the Quran will help establish a useful relationship with Allah and will also allow you to understand how beautiful the religion is. Listening to it (you can find videos online) also makes you feel closer to Allah.
  3. Become a Good Muslim Girl Step 6.jpg
    3
    Learn more about Islam. Know what you have to do (which is called 'wajib' things) and what you can't do (haraam things). The Internet is a valuable source to search for Islamic rules and regulations and the punishments that apply if they are broken. Make sure to go on correct websites for the correct source of Islamic information. Shariah punishments may sometimes seem severe, but Muslims consider them to be a gift from Allah swt that protect society and guide the believers to follow His way.
  4. Become a Good Muslim Girl Step 7.jpg
    4
    Allocate a minimum amount of time each day to Islamic activities. For example, four hours for salah, Quran and Islamic studies will enable you to build up your relationship with Allah (swt) and make good progress towards acquiring knowledge. Remember that the five daily fardh salah are your top priority and you should form the framework of your daily routine around these.

Part 4 of 5: Keeping good company

  1. Become a Good Muslim Girl Step 9.jpg
    1
    Hang out with good friends. Going with the theme you may want to make friends who share your mission of being a good Muslim. If you are lucky enough, you might spot a Muslim girl your age. Be sure to make friends with a Muslim girl if you find one. You can tell her how you are trying to be a better Muslim, and she might be able to help!
  2. Become a Good Muslim Girl Step 10.jpg
    2
    Avoid negative influences, including old non-believing friends (as hard as it may be, the reward is well worth it) who may have had a bad influence or who bring out the negative characteristics in you. Even though the Shaytaan (the devil) can tempt us, it is our responsibility as Muslims to fight these temptations and urges by increasing our faith and spirituality.
  3. 3
    Realize that there are many women who are Islamic lecturers. Gender is no problem here. Spread the message, no matter your gender.
  4. Become a Good Muslim Girl Step 14.jpg
    4
    Marry a good man who will be a good model to your children. Raising children with an evil man can traumatize them or they could take a bad example from him. Such a bad marriage will spread evil in the world. If you are already married with a bad person, divorce him and fight the hypocrite in the cause of Allah (swt).

Part 5 of 5: Perseverance

  1. Become a Good Muslim Girl Step 13.jpg
    1
    Take it day by day. If you make it a priority in your mind that you want to strive to be the best Muslim girl possible, you will achieve this goal without even realizing it! Every time you are about to do something, think: "Is this something good or religious?" If it isn't, don't do it! Simply remind yourself and be ready to stop yourself, just in case. Every single moment of every day must be devoted to pleasing Allah (swt).
  • Seek knowledge. Trust me you will love this. Every time you learn a new thing about Islam you will be proud to be Muslim.
  • Remember that when you feel sad, Allah is always up to something!
  • Keep in mind that to receive forgiveness from God there are three requirements:
    • Recognizing the offense itself and its admission before God.
    • Making a commitment not to repeat the offense.
    • Asking for forgiveness from God.
  • Remember Islam does not forbid you to have fun and a good life. Just do what is obligatory and avoid what is sin. It will make life better for you.
  • If anything unfortunate happens, do not get angry at Allah, for we are mere humans and cannot see His plan for everyone and everything. It was meant to happen.
  • Keep Allah in your heart and mind and take him with you everywhere you go.
  • Do lots of good deeds especially during Ramadan!
  • Every time you feel weak and do not have someone to talk to, remember that Allah (swt) is always there for you and He is all you need to accomplish this mission.
  • Don't do something because others do it. Do it for yourself and make yourself proud.
  • Before sleeping, think back on everything you did throughout the day. This daily reflection will help you to see where you are going wrong and make the subsequent changes.