Saturday, 8 February 2014

Daulah Uthmaniyah : Sejarah Ringkas Empayar Uthmaniah


File:Mehmed II ferman.jpg
Surat Sultan Muhammad II dengan cop mohornya kepada pendeta Kristian Katolik di Bosnia yang menyatakan kebebasan beragama untuk mereka dan diberi perlindungan. Surat ini dikeluarkan sebaik sahaja kota Bosnia ditawan oleh tentera Sultan Muhammad II pada tahun 1463.

PADA abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam pada masa itu selain Safawiyah dan Moghul. 

Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyah.

Kerajaan Uthmaniyah pernah menjadi negara terkuat dan berkuasa setelah mengalahkan Constantinople (Istanbul) dan kerajaan Rom Timur (Byzantium). Kerajaan ini memainkan peranan penting bagi agama Islam terutamanya dalam meluaskan wilayah Islam.

Kerajaan Uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyah adalah pada zaman Sulaiman 1.

Namun setelah itu, kerajaan ini semakin lama semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam peperangan dengan bangsa Eropah sehingga akhirnya kerajaan Uthamaniyah dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan Republik Turki.


Sultan Uthman 1

Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, Sultan kerajaan Uthmaniyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka.

Agama Islam memainkan peranan utama bagi masyarakat Turki dan menjadi satu-satunya sumber hukum, dengan Mazhab Hanafi sebagai mazhab negara.

Dalam bidang tasawuf, ajaran Tarekat Bektasyi berkembang pesat. Tarekat ini diajar oleh Bektasyi Velidari Khurasan dan terkenal di Anatolia (Asia Kecil) pada 1281.

Tarekat Bektasyi amat terpengaruh dalam kalangan tentera Janissary (pasukan elit tentera), sehingga mereka sering disebut sebagai tentera Bektasyi. Ajaran Tarekat Bektasyi sehingga kini masih terus berkembang.

Sebagai Sultan pertama, Uthman 1 lebih menumpukan usaha untuk memantapkan kekuasaan dan melindungi wilayah daripada serangan musuh, terutama Byzantium. Setelah Uthman meninggal dunia, baginda digantikan oleh puteranya, Orkhan.

Untuk memperkukuhkan kekuasaannya, Orkhan membentuk pasukan yang kuat dikenal sebagai Janissary atau Inkisyariah. Pada zaman Orkhan, peluasan wilayah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki Broissa (Turki), Izmir (Asia Kecil) dan Ankara. Pasukan yang dibentuk oleh Sultan Orkhan ini merupakan pasukan kuat dan berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.


Tentera Janissary Uthmaniah dengan pakaian tempur & pakaian Istiadat


Uthmaniyah berkembang menjadi kerajaan besar setelah Sultan Uthmanyiah keempat, Bayazid 1, meluaskan wilayah hingga ke Eropah, meneruskan tugas ayahnya, Murad 1. Hal itu membuatkan Eropah menjadi marah lalu berperang menentang Uthmaniyah pada 1396.


Peperangan itu dimenangi oleh Bayazid 1. Pada 1402, Pasukan Timurlane (pemerintah Moghul) menyerang Uthmaniyah. Bayazid 1 ditawan dan Uthmaniyah mengalami kekalahan. Akibatnya, hampir seluruh wilayah Uthmaniyah jatuh ke tangan Timurlane.

Awal penubuhan
Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan oleh Uthman, putera Ertugrul daripada kabilah Oghuz di daerah Mongol yang datang ke Turki untuk meminta perlindungan pemerintah Saljuk, Sultan Alauddin 11, daripada serangan orang Mongol.

Mereka juga membantu Alauddin berperang menentang Byzantium. Uthman dilantik sebagai panglima perang kerajaan Saljuk, menggantikan ayahnya. Setelah Sultan Alauddin mangkat, Uthman mengambil alih kuasa dan sejak itulah tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah.


Sultan Suleiman 1. Barat menggelarkan beliau sebagai Suleiman The Magnificent.

Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Suleiman 1 (1520-1566). Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang-undang) kerana kejayaannya mengubal undang-undang yang mengatur masyarakat.

Selain itu, Sulaiman 1 juga digelar €œSulaiman Yang Agung€œ. Pada zaman kekuasaannya, Uthmaniyah memiliki wilayah yang sangat luas. Oleh sebab itu, kerajaan Uthmaniyah menjadi negara terkuat dan berkuasa pada waktu itu.

Sepeninggalan Sulaiman 1, Uthmaniyah mula lemah meskipun masih dianggap sebagai kerajaan besar sehingga empat abad berikutnya.

Pada 1453, Muhammad 11 menakluki Constantinople. Dengan penaklukan kota yang merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat itu, nasib Barat bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Uthmaniyah.

Muhammad II kemudian menjadikan Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya menjadi Istanbul (Takhta Islam). Walaupun telah ditalukinya, Muhammad II tetap memberikan kebebasan beragama kepada penduduk Constantinople.

Sultan Mehmet II, juga dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih.
Sultan Empayar Uthmaniah dizaman kegemilangannya.
Barat menggelarkan beliau sebagai Mehmet The Conqueror

English : http://en.wikipedia.org/wiki/Mehmed_the_Conqueror
Bahasa Melayu : http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih
File:Zonaro GatesofConst.jpg
Gambar lukisan Sultan Muhammad II memasuki kota Constantinople selepas menawannya dari kerajaan Rom Byzantium

Uthmaniyah kembali bangkit pada zaman Murad 11 dan diteruskan oleh puteranya Muhammad 11 yang digelar al-Fatih (Si Penakluk). Pada zamannya, peluasan kekuasaan Islam dilakukan secara besar-besaran. Beliau berjaya menaluki Constantinople.

Dengan jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menaluki wilayah lain seperti Serbia, Albania dan Hungary.

Pada 1876, Sultan Abdul Hamid 11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam dan tentera.

Sultan Abdul Hamid II

Gerakan penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal dengan nama Gerakan Turki Muda (The Young Turks). Sementara itu, kumpulan tentera membentuk jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, Jawatankuasa Perkumpulan Persatuan dan Kemajuan yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Mustafa Kamal Attaturk

Mustafa Kamal bersama sekutunya berupaya mengakhiri kekuasaan Sultan Abdul Hamid 11. Pada 1922, Majlis Agung pimpinan Mustafa Kamal menghapuskan jawatan sultan dan mengisytiharkan penubuhan Republik Turki.

Peninggalan
Sebagai bangsa tentera, Uthmaniyah lebih banyak menumpukan pada kegiatan ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kurang menonjol. Oleh sebab itu, dalam khazanah intelektual Islam, hampir tidak ada ilmuwan terkemuka dari dinasti ini.

Bagaimanapun, dalam mengembangkan seni bina Islam, kerajaan ini cukup berjasa. Mereka banyak mendirikan masjid yang dihiasi dengan seni khat indah dan bangunan khas lainnya. Masjid Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina pada 1570, pada zaman pemerintahan Sultan Salim 11 merupakan salah sebuah bagunan bersejarah peninggalan Kerajaan Uthmaniyah.

Masjid Salimiyyah


Masjid Hagia Sofia yang asalnya Gereja dizaman Rom Byzantium, ditukar menjadi Masjid di zaman pemerintahan Muhammad Al-Fatih, selepas menawan kota Constantinopel (Istanbul) pada tahun 1453


Makam Muhammad Al-Fatih

No comments:

Post a Comment