Thursday, 31 March 2016
Wednesday, 30 March 2016
Tuesday, 29 March 2016
Monday, 28 March 2016
Sunday, 27 March 2016
Saturday, 26 March 2016
Friday, 25 March 2016
Thursday, 24 March 2016
Wednesday, 23 March 2016
Tuesday, 22 March 2016
Monday, 21 March 2016
Sunday, 20 March 2016
Saturday, 19 March 2016
Friday, 18 March 2016
Thursday, 17 March 2016
Muslim New York Melawan Poster Anti-Islam Dengan Humor
http://www.arrahmah.com/news/2015/04/30/muslim-new-york-melawan-poster-anti-islam-dengan-humor.html
Wednesday, 16 March 2016
Doa Taubat Para Nabi & Mohon Pertolongan Allah
Di antara intipati Al Qur'an itu tidak lain adalah sebagai peringatan Allah untuk kita manusia, peringatan supaya kembali kepada Allah. Peringatan melalui kisah-kisah sejarah umat-umat terdahulu, peringatan tentang azab Allah kepada yang ingkar perintahNya. Peringatan supaya kita manusia segera bertaubat kepada Allah atas segala dosa.
Telah diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bertaubat sehari hingga 70 atau 100 kali sehari. Beristighfar dan menghayati maksud Istighfar itu "Aku memohon ampun kepada Allah", dan merasa kesal atas dosa-dosa yang banyak itu. Antara Doa-doa yang sangat afdhal untuk dilazimi sebagai zikir adalah Doa Taubat Para Nabi, iaitu Doa Nabi Adam a.s. dan Doa Nabi Yunus a.s.
Doa Taubat
Doa Nabi Adam A.S.
Ketika hidup di Syurga Nabi Adam a.s. terpedaya dengan hasutan Iblis sekaligus melanggar perintah Allah. Iblis yang berdendam berusaha mengeluarkan Adam a.s. dan Hawa dari Syurga dengan yang mengatakan mereka kononnya dilarang memakan buah dari pohon khuldi sebab Allah tidak mahu mereka terus kekal dalam Syurga menjadi Malaikat (kononnya). Ketika mereka terpedaya dan memakan buah itu maka terlepas pakaian mereka dan Allah bertanya kepada mereka; "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"Akhirnya Nabi Adam a.s. dan pasangannya Hawa diturunkan ke bumi yang penuh dengan kesukaran (berbanding Syurga), terpisah jauh satu sama lain dalam kegelapan malam, atas kesalahan itu Adam a.s. sangat menyesal dan terus berdoa memohon keampunan Allah..
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Terjemahan
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi" [Al Araf 7:23]
Doa Nabi Yunus A.S.
Ketika baginda berada (ditelan) di dalam perut ikan Nun (sejenis ikan besar) yang gelap, di lautan dalam yang gelap, di malam yang gelap, kerana baginda marah, kecewa dan 'lari' dari umat-umatnya yang ingkar.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Terjemahan
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". [Al Anbiya' 21:87]
Doa Mohon Pertolongan Allah
Doa Nabi Ibrahim A.S. - HasbunAllah
Ketika dalam saat genting menerima ujian akan dibakar hidup-hidup. Dalam keadaan baginda diikat untuk dicampakkan ke dalam api yang besar marak oleh Raja Namrud, maka datanglah Malaikat Jibril a.s. bertanyakan kepada baginda;"Wahai Ibrahim, apakah kau perlukan pertolongan ku?"
Dijawab oleh Nabi Ibrahim a.s.
"Aku tidak perlukan apa-apa pertolongan mu, aku hanya perlukan pertolonagn Allah".
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Terjemahan
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung" [Ali Imran 3:173]
Doa ini sangat baik dibaca (dan diamalkan selalu) ketika memohon pertolongan Allah dalam keadaan kesukaran, saat yang genting, menghadapi masalah yang amat berat. Diriwayatkan baginda Rasulullah s.a.w juga berdoa dengan doa ini ketika menghadapi Perang Badar.
Perbezaan antara HasbunAllah dengan HasbiAllah seperti alunan zikir Hazamin InTeam
- HasbunAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong kami (plural)
sesuai untuk dibaca oleh imam mewakili makmum.. - HasbiAllah = Cukuplah Allah menjadi Penolong ku (singular)
sesuai dibaca secara sendiri..
Pendapat saya, nak baca yang mana satu pon boleh, wallahu'alam..
HasbunAllah Ini Adalah Kata-Kata (Doa) Para Nabi
iaitu ketika para Nabi menghadapi saat getir..- "Nabi Ibrahim AS, bila nak dicampak dalam api, "HasbunAllahu Wani'mal Wakeel.." api jadi sejuk dan selamat.
- "Nabi Musa AS, bila nak diserang Firaun dan tenteranya, "HasbunAllah.." terbelahnya laut.
- "Nabi Muhammad SAW, bila akan menghadapi 10 ribu tentera Ahzab, "HasbunAllahu Wani'mal Wakeel.." habis tentera Ahzab dipukul angin sejuk, tak mampu berperang. [Ali Imran 3:173]
sumber → Ustaz Abu Anas Madani
Apakah Maksud Hasbunallah Wani'mal Wakil?
Amalan Zikir
- Doa-doa ini sangat baik dijadikan zikir harian dan sangat berkesan sebagai amalan memohon sesuatu hajat dari Allah.
- Amalan mengingati Allah harus sepanjang waktu terutama ketika senang, gembira, supaya Allah akan menolong kita ketika sukar.
- Permohonan pertolongan Allah itu melalui jalan taubat sebagaimana seringkali diingatkan oleh ayat-ayat Allah dalam Al-Qur'an serta di post Hikmah Istighfar.
- Berzikir dengan doa-doa ini juga untuk menguatkan lagi rasa rendah hati, tawadhu' kita kepada Allah supaya mudah kita menerima hidayah & petunjukNya serta berdoa dalam memohon hajat.
- Sebarkanlah ilmu perihal zikir dan manfaatnya itu supaya ia juga menjadi manfaat kepada saudara-saudara kita yang lain dan sebagai saham pahala untuk kita juga, insyllh..
update..
Doa Tentera Talut (Bersama Nabi Daid A.S.) Menentang Musuh
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" ( Al-Baqarah 2:250 )
credit
muhtarsuhaili.wordpress.com | doaharian.mytoha.net
Read more: http://mindloading.blogspot.com/2013/09/doa-taubat-para-nabi-mohon-pertolongan.html#ixzz3cYVFZjmx
Doa Memohon Pertolongan Dari Allah
Add caption |
Tuesday, 15 March 2016
Monday, 14 March 2016
Sunday, 13 March 2016
Saturday, 12 March 2016
Friday, 11 March 2016
Thursday, 10 March 2016
Wednesday, 9 March 2016
Tuesday, 8 March 2016
Monday, 7 March 2016
Sunday, 6 March 2016
Saturday, 5 March 2016
Friday, 4 March 2016
Thursday, 3 March 2016
Wednesday, 2 March 2016
Cabaran Mualaf di Zaman Moden
ISLAM adalah sebuah agama lengkap yang menjadi panduan dalam kehidupan semua umat manusia di muka bumi ini. Agama ini relevan buat sesiapa sahaja sama ada yang lahir sebagai Islam, mahupun individu mualaf yang baharu mengenali dan memeluk agama ini.
Adapun mualaf itu merupakan panggilan kepada individu bukan Muslim atau bukan beragama Islam yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam. Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai individu yang imannya masih kosong dan perlu dikukuhkan dengan bantuan dan sokongan mereka yang sudah beragama Islam.
Dalam sejarah Islam , golongan mualaf atau saudara baharu ini merupakan orang yang paling penting dalam memperjuangkan agama dan mengembangkan dakwah.
Antaranya adalah sahabat Rasulullah SAW yang terdiri daripada golongan Muhajirin yang memeluk Islam dan mengikut baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
Pada zaman moden yang serba canggih kini, usaha dalam mengembangkan dakwah menjadi mudah dan lebih meluas dengan adanya pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial di internet.
Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita menarik saudara baharu daripada seluruh dunia. Kisah- kisah yang mereka ceritakan termasuklah bagaimana mereka diberi hidayah, menemui dan mengenali agama Islam serta rintangan yang mereka hadapi setelah memeluk Islam.
Bergelar saudara baharu bukan perkara mudah. Kerana, seperti mereka yang lahiriah Islam, golongan mualaf juga berdepan banyak rintangan dan cabaran dalam kehidupan mereka.
Tambahan pula dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai informasi sama ada sahih atau yang mengelirukan semakin pantas tersebar dan ini tidak terkecuali memberi kesan kepada kehidupan seorang mualaf.
Dalam pada itu, dengan kewujudan anasir-anasir perosak yang membawa ajaran-ajaran menyimpang dengan menggunakan nama Islam dikhuatiri akan membawa kekeliruan kepada golongan saudara baharu.
Bagi golongan mualaf yang masih muda, cabaran yang ditempuhi mereka tidak kurang hebatnya. Membuat keputusan memeluk Islam bukan perkara remeh. Ada di antara mereka yang terpaksa merahsiakan identiti sebagai seorang Islam bagi menjaga perasaan ahli keluarga dan orang tersayang.
Seperti kita semua, mereka juga mempunyai perasaan dan adakalanya dihimpit dengan tekanan yang menyusul selepas bergelar seorang Muslim. Ada di antara mereka dibuang daripada institusi keluarga dan dipulaukan rakan-rakan hanya kerana memeluk agama Islam.
Namun kebanyakan saudara-saudara baharu menyatakan kepada penulis bahawa mereka reda dan menganggap ini sebagai satu ujian yang diberikan kepada mereka. Golongan mualaf ini jelas tabah dalam mengharungi cabaran demi agama Islam yang dicintai.
Tambahan pula, dengan adanya pertubuhan atau persatuan yang memainkan peranan melindungi dan memberi sokongan kepada golongan ini sedikit sebanyak mampu memberi bimbingan kepada saudara baharu.
- AL FAIZAL
Tuesday, 1 March 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)