Monday, 29 February 2016
Sunday, 28 February 2016
Saturday, 27 February 2016
Friday, 26 February 2016
Thursday, 25 February 2016
Wednesday, 24 February 2016
Tuesday, 23 February 2016
Monday, 22 February 2016
Sunday, 21 February 2016
Saturday, 20 February 2016
Friday, 19 February 2016
Thursday, 18 February 2016
Wednesday, 17 February 2016
Tuesday, 16 February 2016
Monday, 15 February 2016
Sunday, 14 February 2016
Saturday, 13 February 2016
Friday, 12 February 2016
Thursday, 11 February 2016
Wednesday, 10 February 2016
Tuesday, 9 February 2016
Saat Menghadapi Kematian
Amalkan beberapa sunnah ketika berhadapan situasi ini
Tiada sesiapa pun dapat menagguh atau mengelak kematian apabila sampai waktunya. - GAMBAR HIASAN
KEMATIAN merupakan fitrah buat semua makhluk yang bernyawa. Tiada siapa yang akan kekal hidup selama-lamanya melainkan Allah SWT semata-mata. Ia merupakan rahsia yang telah tertulis sejak di dalam rahim lagi yang mana tiada sesiapapun mengetahui bila dan bagaimana kematiannya.
Apabila kematian itu tiba, tiada siapa mampu menangguhkannya atau mengelak daripadanya. Ia merupakan nasihat dan peringatan terbaik buat kita yang masih hidup agar sentiasa bersedia dengan amal soleh sebelum maut menjemput tiba.
Rasulullah SAW meninggalkan banyak panduan buat umatnya untuk menghadapi keadaan ini. Berikut dikongsikan buat semua beberapa sunnah yang penting buat pelajaran dan amalan kita semua apabila berdepan dengan situasi kematian.
1. Mengucapkan istirja’ iaitu kalimah Innalillahi wainna ilahi raji’uun yang bermaksud sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Hendaklah diingat bahawa kalimah ini bukanlah diucapkan semata-mata apabila menghadapi kematian tetapi apa jua musibah yang menimpa baik kemalangan, kecurian, hatta musibah yang kecil sekalipun.
2. Mendoakan kebaikan buat jenazah sebagaimana yang telah disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah bahawa Nabi berkata: Apabila kalian menghadiri orang yang sakit atau jenazah maka ucapkanlah kebaikan kerana sesungguhnya malaikat akan mengaminkan apa yang dia ucapkan. (riwayat Muslim)
3. Bersabar dan tidak meratapi jenazah. Ini merupakan tuntutan yang diseru oleh Islam kerana perbuatan meratap merupakan adat jahiliah yang dilarang syarak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Bukanlah termasuk daripada golongan kami sesiapa yang menampar-nampar pipi, mengoyakkan baju dan menyeru dengan seruan jahiliah (meratap). (riwayat al-Bukhari)
Fitrah manusia
Perasaan sedih adalah fitrah manusia apabila berlakunya kematian orang yang tersayang. Menangis tidaklah dilarang kerana ia sesuai fitrah manusia namun hendaklah tidak melampaui batas sehingga meratap.
Rasulullah SAW juga pernah menangis apabila anak lelakinya meninggal dunia lalu beliau berkata: “Tidak mengapa (menangis), yang aku larang ialah menangis dengan suara meratap sambil mencakar muka, merobek baju dan meratap seperti suara ratapan syaitan.” (riwayat al-Tirmizi)
4. Menyegerakan proses pengebumian jenazah termasuk sunnah yang diperintahkan oleh Rasulullah S.AW. Ia termasuk hak para jenazah yang perlu ditunaikan seberapa segera mungkin dan perbuatan melambat-lambatkan pengebumian jenazah tidaklah dianjurkan di sisi syarak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Percepatkanlah membawa jenazah (ke kuburan) kerana jika jenazah itu orang soleh, maka kalian telah mempercepatkan kebaikan buatnya dan jika tidak (bukan orang yang soleh) maka kalian telah melepaskan keburukannya daripada bahu-bahu kalian. (riwayat al-Bukhari)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika jenazah itu dibawa oleh orang ramai di atas bahu-bahu mereka dan jenazah itu termasuk orang yang soleh maka dia akan berkata: Segerakanlah kalian (membawaku ke kuburanku). Dan jika dia bukan daripada kalangan orang yang soleh maka dia akan berkata: Celaka, ke mana mereka hendak membawaku! Suara jenazah itu didengari oleh semua makhluk kecuali manusia. Seandainya ada manusia yang mendengarnya nescaya dia akan jatuh pengsan. (riwayat al-Bukhari)
5. Ikut solat jenazah dan mengirinya ke kubur jika mampu. Ini merupakan sunnah yang sangat dituntut buat para lelaki Muslim kerana besarnya pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah SWT di dalamnya. Bahkan ia termasuk hak seorang Muslim yang perlu ditunaikan, bukan sebaliknya meremehkannya.
Pahala satu qirath
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menyembahyangkan jenazah maka baginya pahala satu qirath dan sesiapa yang menghantarnya sehingga jenazah itu diletakkan dalam kubur maka baginya pahala dua qirath. Dalam riwayat lain disebutkan tentang ukuran qirath itu iaitu sebesar Gunung Uhud. (riwayat Muslim)
Ibnu Umar pernah meluahkan penyesalannya kerana mengabaikan sunnah ini hingga beliau menggenggam tanah dan melemparkannya lalu berkata: Sesungguhnya kita telah mensia-siakan qirath yang banyak. (riwayat Muslim)
Demikianlah beberapa sunnah-sunnah yang boleh kita sama-sama amalkan apabila berdepan situasi ini.
Tidak sewajarnya kematian seorang Muslim menjadi bahan gurauan dan ejekan. Bahkan ia sepatutnya menjadi nasihat terbaik buat kita yang masih hidup.
Perbezaan bangsa dan politik tidak wajar dijadikan sebab untuk saling mencaci maki jenazah yang telah kembali kepada Allah SWT. Akhir kalam, semoga Allah SWT mencucuri rahmat buat semua jenazah yang telah kembali di sisi-Nya.
http://www.utusan.com.my/rencana/agama/saat-menghadapi-kematian-1.62958#sthash.b8NyuwEs.dpuf
Monday, 8 February 2016
Sunday, 7 February 2016
Saturday, 6 February 2016
Friday, 5 February 2016
Thursday, 4 February 2016
Wednesday, 3 February 2016
Tuesday, 2 February 2016
Monday, 1 February 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)