Sunday, 30 March 2014

Kaabah Circa 1900




A rare color photo of the Ka'aba, Islams most sacred site in the early 1900s.
The buildings close to the Ka'aba had to be removed because the number of Muslims visiting Makkah became so large that tawaf (circling) around the Kaaba became almost impossible.
This era was a time of extreme madhab (school of legal thought) arrogance and difference, and thus there were actually four salahs that would take place at the same time. One for each madhab. You can see the small mihrabs for each of the madhabs in this picture.




Sunday, 16 March 2014

Makan Ikut Sunnah

Diet utama Rasulullah SAW



SELAIN memberi penekanan terhadap aspek halal dan bersih dalam pemilihan makanan, bertitik-tolak daripada asas itu pula Islam turut menetapkan beberapa adab tertentu ketika menjamah makanan dan minuman agar dengan itu, maksud dan tujuan daripada keharusan makan dan minum itu tercapai secara syarie dan diredai Allah SWT. Antaranya;

1 Memulakan makan dan minum dengan lafaz Bismillah. Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah menyebut nama Allah, jika seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah apabila telah mula makan, hendaklah dibaca, ‘dengan nama Allah pada permulaan dan juga akhirnya. (riwayat Muslim)

2 Mengakhiri makan dan minum dengan mengucapkan Alhamdulillah. Ini menandakan seseorang itu bersyukur dengan limpah kurnia rezeki yang diberikan Allah SWT, di samping bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan selera dan keinginan untuk kita menikmati rezeki daripada-Nya.

3 Menggunakan tangan kanan ketika makan, tidak gelojoh menyuap makanan, mengecilkan suapan serta mengunyah dengan baik supaya tidak menyakitkan halkum. Mulakan dengan mengambil makanan yang hampir dengan kita. Kegelojohan ketika makan amat bertentangan dengan naluri kesopanan manusia, ini kerana makan dan minum turut dianggap ibadat di sisi agama.
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, Ibnu Salamah, ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa yang ada di sekeliling kamu (yang hampir). (riwayat Bukhari dan Muslim).

4 Membersihkan sisa makanan yang melekat di jari terlebih dahulu sebelum tangan dibersihkan. Islam menghendaki sisa-sisa makanan dihabiskan dengan mengulum atau menjilat jari kerana perbuatan membasuh tangan yang masih melekat dengan makanan adalah suatu penghinaan kepada rezeki Allah itu sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu makan, maka janganlah kamu menyapu jari-jari tangan kamu sehingga kamu mengulum terlebih dahulu (supaya sisa-sisa makanan benar-benar bersih terlebih dahulu).

5 Memungut semula makanan yang terjatuh. Bersihkan dan bolehlah dimakan dan janganlah dibuang dengan sewenang-wenangnya. Tindakan membuang terus makanan adalah bermakna menyediakan makanan untuk syaitan. Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjatuh sesuap makanan seeorang kamu, maka hendaklah dikutipnya, dibersihkan kekotorannya dan makanlah dan jangan dibiarkannya untuk syaitan. (riwayat Muslim)

6 Janganlah meniup makanan yang panas, tunggu sehingga makanan atau minuman itu sejuk. Begitu juga ketika minum, janganlah bernafas sambil meminum air. Daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi Muhammad menegah dari bernafas di dalam bejana (bekas air) atau meniup ke dalamnya."

7 Menjauhkan diri daripada terlalu kenyang. Biarpun tidak dinafikan bahawa kerana laparlah kita makan, tetapi kekenyangan yang diperlukan biarlah munasabah dan sederhana. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak seharusnya seseorang anak Adam itu memenuhi punca kejahatan dari perutnya. Memadailah dengan beberapa suapan yang dapat memelihara perutnya. Jika ini sukar dilakukan hendaklah sepertiga dari perutnya diisi dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

8 Untuk mengedarkan makanan atau minuman di dalam majlis jamuan hendaklah diedarkan kepada tetamu yang lebih tua umurnya. Suatu ketika dalam suatu majlis jamuan yang dihadiri Baginda Rasulullah, ketika itu duduk di kiri Baginda ialah seorang yang lebih tua umurnya, manakala di sebelah kanan pula ialah Ibnu Abbas. Maka ketika makanan diedarkan Ibnu Abbas memohon izin Baginda supaya didahulukan hidangan itu kepada orang tua yang duduk di sebelah kiri Baginda dan tidak kepada Baginda.

9 Bersama-sama yang lain yang sehidang dengannya memulakan makan, tidaklah seseorang itu tergesa-gesa menyuapnya, sedangkan yang lain masih belum bersedia.

10 Setelah hidangan siap diatur dengan sempurna, jemputlah yang hadir untuk menikmatinya dengan bahasa yang lembut dan beradab. Tidaklah dengan bahasa yang kasar, menyindir atau dengan suara yang kasar.

11 Islam juga memberi perhatian supaya dapat diseimbangkan makanan dengan sahabat yang ada bersama ketika makan. Ini bermakna bukanlah makan dengan tergesa-gesa melebihi daripada sahabat yang lain. Apa lagi sekiranya makanan yang dihidangkan dalam saiz yang terhad.

12 Tidak mengambil kesempatan memerhatikan orang lain sewaktu makan. Perbuatan ini boleh mengundang rasa malu atau boleh mengganggu tumpuan orang lain terhadap makanan.

13 Tidak melakukan sebarang perbuatan buruk dan keji ketika makan, sama ada dengan kata-kata atau perlakuan. Elakkan menumpahkan makanan dari makanan yang diambil tertumpah di sana-sini atau sebarang suapan ke mulut turut mengenai orang lain. Dilarang juga berbual-bual dengan kuat ketika makan, apatah lagi ketawa berdekah-dekah yang boleh menganggu tumpuan orang lain yang sedang makan.

14 Makan secara berjemaah adalah amat dituntut agama, lebih-lebih lagi jika dapat sehidangan dengan mereka yang kurang berkemampuan atau golongan fakir miskin.
Justeru, makan dan minum adalah merupakan satu perantaraan atau wasilah kepada yang lebih penting daripada itu. Ia jua buka bertujuan untuk mengecap dan merasai nikmat makan itu sendiri semata-mata, bahkan lebih daripada itu.

Ia bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan tubuh badan, di mana dengan tubuh badan yang kuat dan sihat akan membolehkan ibadat terhadap Allah SWT dilakukan dengan sempurna.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140204/ba_03/Makan-ikut-sunnah#ixzz2sn5xOF29
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Muslim Show - The Best Consultation


Sunday, 2 March 2014

10 Muwasafat Tarbiyyah


10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cubamenjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah sertarahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Hamza Yusuf - Fast Food Will Destroy You!